SUKEM 2017

19 NOVEMBER 2017- Pertama kalinya aku mewakili dalam pertandingan sukan paling tertinggi. biasanya paling cikai pun peringkat sekolah masa zaman sekolah menengah. tu pun kalah dengan sekolah lain.masa tu, aku mewakili pasukan bola jaring sekolah saya. sebelum mewakili sekolah saya, macam-macam latihan untuk kecergasan fizikal supaya tak cepat letih. penat sangat kalau ada latihan sebab selalunya latihan dibuat masa lepas waktu sekolah. jurulatih akan memilih pelajar tahap 1 iaitu dari tingkatan 3-5 supaya senang nak buat latihan pada waktu petang.

setiap kali latihan mesti kene jog keliling gelanggang seberapa banyak yang mungkin. belum lagi latihan dalam permainan dah pancit. memang terseksa kalau camni. aku mana minat nak lari-lari ni. tak sukannya. biasanya latihan 2 minggu sebelum pertandingan bermula. kadang-kadang sebulan sebelum. kene redha je bila juruatih tetapkan bila latihan. "sunburn" jangan cakap lah memang mcm orang minyak gelapnya kulit. pakai losyen pun masih terbakar kulit tu. gelanggang kat sekolah aku tak berbumbung jadi kepada atlet memang muka gelap.

tamat sekolah, masuk matrikulasi untuk sambung legasi atlet bola jaring. tapi masa pemilihan pertama aku terlajak sebab takda siapa yang bagitau ada pemilihan. pemilihan dibuat masa 2 bulan lepas kemasukan pelajar baharu. jadi, berita tu tak sampai kat aku. alhamdulillah Allah bagi rezeki kat aku, pemilihan kedua di buat. tak ramai jurulatih nak. kene tunjukkan kehebatan masing-masing mase itu. aku taklah hebat sangat setakat main tu tau lah peraturannya. tapi masa itu takda pemilihan lagi kene datang balik semula untuk terus diserap. kali kedua kene datang tu, aku dengan najwa dah malas nak pergi sebab pikirkan pelajaran dan peperiksaan akhir tahun. jadi, aku lepaskan minat aku untuk masa depan aku. masa depan lagi penting jika nak dibandingkan ngan minat yang mendalam.

jadi bila tak dapat wakil matrikulasi aku nak tebus balik kekecewaan aku masa itu. aku mula aktifkan diri aku dalam bidang sukan. aku tak minat dalam acara olahraga macam kembar aku jadi aku nak aktif dalam sukan lain. bermula dari hari interakasi KDO aku sikit-sikit mengorak langkah untuk menggapi impian aku. rezeki menyebalahi aku di mana rumah sukan merah menjuarai acara bola jaring. sebulab selepas tu, ada pertandingan SUKEM peringkat ukm di mana setiap kolej bertanding dalam ban

Comments