TAMAN PAKU PAKIS




11 September 2017- pada masa ni kiteorang baru-baru je nak rapat. tudung kelabu tu(jiha) dan lagi seorang nama dia anis(sebilik). mula-mula kiteorang takda lah bertegur sangat. jiha ni satu aras kat blok K2A. masa Minggu Mesra Mahasiswa(MMM) dia pinjam baju kurung saya. jadi, sejak tu kenal borak-borak jadi lah seorang kawan baik. masa ni tugasan tak banyak lagi, jadi kami boleh lah jalan-jalan pusing UKM nak kenal semua tempat. dengar cerita Taman Paku Pakis ni terbuka untuk semua orang masuk. lepas asar, hajat nak bersenam tapi kiteorang hanya insan yang hanya mampu merancang. kiteorang berjalan lah sampai ke taman. apabila kiteorang masuk, tepaksa mendaki bukit untuk melihat bebrapa jenis paku pakis yang terdapat di taman ukm. 

biasa lah perempuan tak sah kalau tak ambil gambar. kiteorang pergi ke taman paku pakis ni bukan sahaja bertiga tapi ada seorang jejaka iaitu aiman. dia seorang juru gambar yang agak hebat juga lah. dah hobi dia amik gambar tak pelik lah gambar-gmbar dia amik  semuanya cantik. kiteorang buli dia amik kan gambar kiteorang. tapi aiman layan kan saja karenah kiteorang hahaha. kiteorang dapat menikmati pemandangan di sini yang begitu menakjubkan. . belum lagi meronda-ronda seluruh UKM lagi. uyo udara yang segar dan pemandangan yang menyenangkan. 

Comments