31 Ogos 2017- Malam penutup minggu mesra mahasiswa, mempunyai pelbagai persembahan daripada pelajar baharu dan artisukma UKM. Minggu Mesra Mahasiswa(MMM)
MMM
selama 4 hari biasanya tidak cukup untuk kiteorang mengenali UKM lebih
mendalam. tetapi kiteorang yakin bila masuk je UKM, akan rasa berbeza dengan
zaman sekolaj dan matrikulasi yang membuatkan semua perlu berdikari.
sementara tunggu perang DECTAR bermula, ada peluang saya dan kawan sebilik join tengok perlawanan bola anatara Malaysia dan Thailand. Kiteorang tak tengok pun persembahan. masa tengah khusyuk merakam video, seorang budak laki tangkap gambar kiteorang dalam diam. tapi saya dah perasan mula-mula tu tapi saya tak ambil kesah. lepas itu, saya tanya budak laki depan tempat duduk saya Malaysia dah berapa? dia kata kalah ngan Thailand (2-0). lepas tahu keputusan yang Malaysia kalah, fokus tertumpu persembahan terakahir. haha. tapi budak yang curi-curi ambil gambar masih nak ambil gambar kiteorang jugak. saya persan, terus tutup muka dengan kipas tangan tu. dia terus segan sebab saya dapat tahu.
Saban tahun, perang DECTAR tradisi turun-temurun pelajar UKM. biasanya pada masa ini lah, tujuannya boleh merapatkan hubungan antara senior dan junior dan sesama rakan kolej. selepas je tamat majlis penutupan MMM, dan bermula lah membuat cheers kolej masing-masing. riuh-rendah suasana DECTAR dengan jeritan dari setiap kolej.
2 jam pertama disediakan aicond. . tapi makin lama duduk dekat dewan makin panas. kami dibekalkan oleh akak dan abang fasi dengan air kosong, roti dan kotak yang dikoyak kecil-kecil untuk dijadikan kipas tangan. sangat semangat untuk mendapatkan kejuaraan kolej KDO. lepas sorak-sorak tu kami rehat dan diberi tidur sebentar untuk bagi peluang kolej lain bersorak.
kolej keris mas yang paling awal keluar dari pertandingan itu disebabkan KKM agak jauh dari dewan dan memerlukan masa yang lama untuk berjalan kaki sampai ke kolej. dan diikuti kolej-kolej yang jauh. tinggal lah beberapa kolej yang gigih untuk jadi juara. masa pukul 4pagi masih 3 kolej tak mahu kalah. jadi, keputusan pilih duit syiling pusing.
KDO tewas menjadi juara dikalahkan dengan KTHO. Tapi kiteorang tidak berasa hampa malah gembira dengan kenangan macam tu. kenangan yang susah untuk dilupakan apabila mula-mula jejak ke UKM
Comments
Post a Comment