

28 OKTOBER 2017- Karnival konvokesyen UKM ini diadakan sempena minggu konvokesyen kepada graduan yang cemerlang menamatkan pelajaran mereka. dengan adanya karnival ini adalah untuk kepada keluarga yang jauh datang disediakan dengan pelbagai persembahan daripada pelajar ukm sebelum mereka berangkat ke kampung halaman masing-masing. karnival ini dibuka dari pagi sampai lah ke malam. sebelah pagi hanya jualan makanan minuman, dan gerai-gerai lai sahaja. di sebelah malam dihiburkan dengan persembahan iaitu dikir barat, tarian zapin, nyanyian dan sebagainya
persembahan ini bukan sahaja persembahan tetapi adalah pertandingan antara setiap kolej. setiap kolej perlu menghantar wakil kumpulan setiap persembahan untuk menyertai pertandingan tersebut. setiap satu persembahan satu malam. jadi 3 malam dengan 3 persembahan yang berlainan. jadi kolej KDO menghantar 3 kumpulan dari setiap persembahan.
untuk menarik minat penghuni KDO, MEP Kebudayaan menawarkan merit. dengan cara begitu, ramai yang akan turun kerana merit sangat penting untuk sesiapa yang mahu tinggal kolej untuk semester depan. sekiranya cara merit itu tidak dilaksanakan, pelajar akan mengambil remeh dengan alasan kerja banyak yang perlu disiapkan termsuklah aku. hahaha. tapi aku terpaksa rajin jugak untuk turun tulis nama lepas tu naik balik.nasib baik DECTAR dan KDO tak jauh mana. sebab tu rajin nak turun
turun hanya bagi sokongan je. pastu balik. ada satu hari tu teringin sangat nak makan char kuey teow. gigih pergi cari di gerai-gerai yang berada di situ untuk memenuhi keinginan ni. alhamdulillah ada. aku makan dengan selera sangat. aku ni jenis kalau nak kan sesuatu benda tu, mesti nak jugak. jadi lepas dah makan tu, aku baerasa puas dan kekenyangan.
Comments
Post a Comment