EXCO AKADEMIK KELAB PENGURUSAN FEP

27 OKTOBER 2017- Sebelum menjadi exco akademik untuk kelab pengurusan ini perlu ditemu duga oleh bebrapa orang majlis tertinggi kelab yang terdiri daripada eksekutif kelab, bendahari dan ketua exco setiap post. sebelum pergi ke temu duga, aku mendapat hebahan daripada sosial mediadi mana kelab pengurusan sedang mencari ajk untuk tahun 1. jadi, ini lah peluang aku untuk mengasah bakat aku dan menonjolka diri supaya tak menjadi pemalu di depan orang lagi. aku bertekad pada diri untuk berubah untuk masa depan juga

jadi aku ambil peluang ni dengan berani kan diri untuk pergi ke temu duga yang dijalankan. semasa temu duga, saya dengan seorang perempuan masuk sekali untuk sesi temu duga. tangan kaki semua berasa sejuk kerana gementar ditambah lagi dengan perasaan gugup. mereka menyuruh memperkenalkan diri. dengan tenang aku perkenalkan diri. tibanya soalan lain, aku berasa boleh ke aku jawab soalan-soalan ni dengan spontan tanpa mengambil masa yang lama untuk mengolah ayat. aku dengan berani nya, jawab jelah soalan yang diajudengan jawapan yang relevan tapi kadang-kadang aku bertanyakan balik soalan itu kerana kurang jelas.

hampur 20 jugak soalan yang perlu dijawab. paling aku ingat sekiranya, aku ditentukan ke psot lain, aku okey tak/? dalam temu duga, semua nya tipu untuk nak sorok perasaan tu. haha. tapi aku tak letak harapan tinggi pun untuk dapat peluang ini. cuba nasib je ni.

keputusan telah di hebahkan di media sosial, mereka suruh cek di instagram. dan aku tekejut nama aku tersenarai dalam ajk baharu. Ya Allah aku tak sangka aku dapat menggapai impian aku. tapi bila dah dapat jawatan ni, jangan harap lah duduk lenggang je. banyak tugasan perlu disiapkan dengan kadar segera. penat tu memang tak terkata, tapi apa kan daya dapat tanggungjawab, jadi terpaksa kita hadapi. jadi kuatkan lah diri n dengan pelbagai tugasan kerana zaman matrikulasi tidak sama dengan kehidupan di universiti.

tapi apa yang saya dapat dari jawatan ini di mana, saya dapat belajar membuat poster macam untuk membuat hebahan tentang peperiksaan yang akan menjelang tak lama lagi. saya dapat tahu skop tanggungjawab saya macam mana. ketua exco juga okey je sedia membantu sekiranya aku ada masalah apa-apa. jawatan ini selama setahun dan aku akan hadap lagi satu sem. insha Allah ada kebaikan dan hikmah kenapa aku dipilih dan dapat memberi inout yang bermanfaat untuk aku dan masa depan aku.

Comments