PENUTUTPAN SUKEM 2017


23 NOVEMBER 2017- Penutupan SUKEM merupakan majlis untuk meraikan para atlet yang cemerlang dan menonjolkan bakat mereka. seperti aku wakil kolej untuk sukan bola baling. walaupun pada hari kejadian aku menghadapi peperiksaan pertengahan, aku gigih jugak untuk menjadi wakil disebabkan tidak cukup pemain. 

Sebelum majlis penutup dilaksanakan, para atlet akan dikumpulkan di bawah khemah khas untuk perbarisan para atlet dihadapan naib canselor, barisan dekan dan vvip lain. pada malam tersebut agak meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar UKM dari setiap kolej dan para atlet yang semangat bersukan tambah lagi dengan beberapa orang altet UKM yang mewakili Malaysia pada Sukan SEA baru-baru ini. Jadi, aku dan kawan-kawan lain semangat untuk meraikan majlis penutup tersebut.

Kolej KDO membuat persembahan yang terakhir. jadi kami tidak mengambil berat pun tentang markah yang akan diambil oleh juri. gelak santai je kata oleh MEP sukan kami. tak perlu lah semua benda nak serius. kami sempat mengambil gambar sebelum berarak. bukan nak tunjuk perangai gedik tu biasalah kalau perempuan ambil gambar je, lelaki label gedik. kiteorang hanya ambil gambar untuk kenangan. bukan selalu dapat peluang yang sama. ye kan?

semasa kiteorang berarak je, kitaorang hanya melambai tangan ke arah penonton, juri dan barisan vvip.muka wajib senyum menunjukkan walaupun kami tak memenangi secarak eseluuhan tapi kami capai target di mana merangkul 4 emas daripada pelbagai acara sukan.

selepas ucapan daripada naib canselor, pengagihan hadiah bermula. mulalah sorakan daripada pelabgai kolej yang meraikan pejuangan atlet mereka. secara keseluruhan kolej KAB, yang menjuarai. tak pelik lah kalau kolej tu sahaja yang menang sebab memang para atllet duduk di kolej tu. tapi kiteorang berpuas hati dan prestasi oleh para setiap atlet.

sebelum balik ke kolej, aku terserempak dengan kawan volunteer Sukan Para ASEAN. sejak habis je sukan Sukan PARA ASEAN tu, kiteorang terus tak jumpa. semua sibuk sebab banyak kelas tertinggal. jadi, ada peluang tu, aku  minta nak ambil gambar dengan diaorang. diaorang sangat sporting walaupun aku je soeang perempuan masa itu.

Comments