

6&7
NOVEMBER 2017-
Hari
sukan bermula pada hari jumaat dan berakhir hari ahad. Kolej Dato Onn baru
memperkenalkan hari interaksi sukan tahun ini mmebahagikan kepada 4 kumpulan
rumah sukan iaitu merah, biru, hijau dan kuning. sebelum ni hari interaksi
dibahagi dengan blok je. tak dapat sambutan untuk membuat pilihan SUKEM 2017.
jadi, felo kolej membuat inisiatif baru diberi rumah sukan kepada setiap orang.
acara yang dipertandingkan tak banyak pun hanya bola jaring, bola baling, sepak
takraw, futsal(W) dan futsal(L), bola, petanque, badminton, boling dan bola
keranjang.
setiap sukan diperuntukkan dalam sehari untuk tahu
siapa juara untuk setiap acara yang dipertandingkan jadi semangat berpasukan
untuk berjuang demi mendapat gelaran juara sangat menitikaberatkan. semasa
pemilihan giat dijalankan, aku rajin melihat kot-kot lah ada rezeki untuk
menjadi wakil rumah sukan. dan alhadmdulillah aku mendapat tempat untuk
mewakili rumah sukan untuk dua acara iaitu bola jaring dan bola baling. masa
aku masuk masuk kumpulan wassap tu, tak ramai pun nak ikut serta mungkin mereka
ada hal lain. jadi, peluang saya untuk mengasah bakat saya dalam bidang sukan
walaupun tak berapa minat sangat pun.
pertandingan bola jaring dan bola baling pada hari
yang berlainan. penat itu pasti tapi yang paling aku risau "sunburn".
tapi nak taknak kena lah redha hmm. first game bola jaring dan sepak takraw(L).
seawal 8.00pagi semua pemain perlu turun untuk membuat regangan otot supaya
tidak mengalami kekejangan otot atau terseliuh. perasaan aku berdebar-debar dan
rasa takut. tapi aku cakap dengan diri aku, aku mesti percaya pada diri sendiri
dan yakin dengan keputusan yang kit buat. masuk je gelanggang tak putus-putus
berdoa supaya kawan seperjuangan dapat buat yang terbaik.
masa pertama aku sebagai pemain ganti untuk rumah merah, dan rumah merah tewas dengan rumah kuning. permainan seterusnya aku masuk untuk berlawan dengan rumah-rumah sukan lain seperti biru dan hijau. rumah merah hanya tewas dengan rumah kuning je. jadi, penentuan juara bola jaring diadakan di sebelah petang. jangan cakap lah muka macam tentera askar sebab berpanas bawah matahari. memang lah kulit jadi gelap sebab matahari terik masa tengahari tu. lepas solat semua, turun balik untuk perlawanan akhir. alhamdulillah, kawan-kawan aku menjuarai pertadingan bola jaring. macam tak sangka boleh jadi juara sedangkan pihak lawan memang ada yang hebat-hebat. felo rumah kuning pun semangat memberi sokongan untuk anak-anak buahnya. tapi rezeki memihak kepada kiteorang. berbaloi kulit aku jadi gelap tapi menang haha
Comments
Post a Comment