VOLUNTEER PARA ASEAN GAME 2017




18 September 2017- Nak kongsi pasal minat dalam sukarelawan tu memang minat sejak sekolah menengah lagi. setiap kali program sukarelawan, cikgu akan daftarkan nama-nama pelajar asrama sebab memudahkan kelancaran program lagipun kitaorang disiplin. program sukarelawan membantu penduduk di sebuah perkampungan di Kemboja. itulah program paling bermakna dan memberi pengajaran kepada kiteorang semua.selepas giat aktif dalam aktiviti sukarelawan ini, saya berasa lebih cenderung untuk mengikuti aktivti kemasyarakatan seperti ini.macam mana boleh ikut serta sukarelawan paralimpik? saya mendapat tahu mengenai sukarelawan ini daripada kawan saya di mana dia sendiri mendapat email daripada Kementerian Belia Sukan(KBS). 

Dia mengajak saya supaya ikut serta sekali. mula-mula berat hati jugak untuk ikut program seperti ini disebabkan sayang untuk tinggalkan kelas. saya paling tak suka apabila satu kelas saya tertinggal. nak fahamkan balik apa yang pensyarah ajar memang sangat susah. kadang-kadang kawan ajar tak sama cara penyampaian dengan pensyarah ajar. tapi saya tekad kali ini untuk mengikuti aktiviti sukrelawan di mana keinginan untuk menjadi sukarelawan ke perongkat antarabangsa dan mendapat pengalaman yang berharga. Hari pertama bertugas baru diberi tugas setiap orang. saya mendapat tugas menjaga artis seperti yuna, aznil, menjaga penari budak kecil dan model-model. tugas saya agak bosan sebab berdiri satu tempat sahaja tapi kerjanya amat senang. jika ketua kitaorang takde, kitaorang jalan-jalan ke tempat lain. saya paling teruja tengok "formasi rimau". selepas puas berjalan, pergi balik bertugas. bila dapat tugas yang bosan, kita rasa tak syok nak buat kerja tu. kak niya dan kak dayah lah kawan yang rapat dengan saya semasa kami bertugas tempat yang sama. diaorang sangat peramah dan berkongsi tentang ukm, aspirasi, kolej dan banyak lagi. disebabkan diaorang sangat peramah, membuatkan selesa bila nak borak. kenangan tak boleh dilupakan bila balik dari bukit jalil ke UKM, hari pertama sesat. ke  mana entah kitaorang ronda. daripda boleh sampai 30 minit jadi ke 1 jam 30 minit. kenangan tak boleh saya lupa, rase macam kelakar tapi geram pun ada sebabkan sesat. dah lah penat bertugas boleh tersesat. kalau tersesat dalam hati awak tak kesah lah hahaha

Comments