6
OKTOBER 2017- Pertama kali
dalam hidup saya pergi konsert artis-artis menyanyi. dulu masa kecil, ibu bapa
saya tak pernah bawa saya ke mana-mana konsert. mungkin ia tidak sepatutnya
membawa kami adik-beradik saya ke tempat-tempat macam tu. jadi, bila ada nya
konsert seperti ni di UKM saya berasa semangat nak beli tiket jumpa artis-artis
Malaysia. siapa je tak semangat nak jumpa artis kan? saya dengan kawan sebilik
saya semangat pergi ke kaunter untuk mendaftar nama. pendaftaran tiket tu
sebulan sebelum tarikh konsert tu. kiteorang fikir mesti masa tarikh tu takda
halangan untuk hadir ke konsert tu.
Pada tarikh
tersebut, ada kekangan yang menyebabkan kiteorang rasa malas nak pergi. tapi
fikir-fikir balik membazir je beli tiket RM30 untuk satu tiket. ya Allah mahal
betul agak membazir juga lah tapi disebabkan semangat yang beria-ia buat plan
untuk nak pergi juga konsert tu. kekangan masa hari kejadian iaitu mesyuarat
kelab kolej di mana perjumpaan kali pertama yang wajib dihadiri oleh pelajar
tahun 1. saya dan kawan sebilik dah bingung nak bagi alasan apa dekat ketua
post yang terdiri daripada akak dan abang senior tahun 2.
kawan sebilik,
ANIS post protokol yang diketuai MEP Displin iaitu kak Fatin. kak fatin memang
nampak muka garang dan tegas. tapi kalau kenal dia dengan lebih rapat mungkin
okay je dia tu. anis takut sikit dengan kak fatin tapi dia bernikan diri jugak
untuk minta izin penolong ketua post protokol iaitu JIHA, HAHAHA kawan sendiri
mestilah boleh. tapi kiteorang janji satu perjumpaan je kiteorang tak datang.
sebenarnya, jiha pun beli tiket tu tapi dia tak dapat ikut sebab dia wajib
datang disebabkan dia orang penting dalam kelab tu. .
okey ni cerita
pasal saya pulak. saya bawah post pemasran yang paling penting untuk kelab ni
untuk mendapatkan dana manjayakan program ke sabah untuk memasan panel solar di
Kampung Sipitang, Sabah. keputusan saya 50/50 je sebab mula-mula temuduga ketua
post pemasaran, HARIS TASNIM memang kerek gila tak pernah nak senyum.
MasyaAllah takut gila bila nak pandang muka dia. Tapi aku tau dia okey je
kalau bagitau dia awal-awal. jadi, saya dengan perasaan seram sejuk tu wassap
lah tasnim. saya cakap boleh tak perjumpaan pertama ni tak datang sebab nak gi
konsert dan janji perjumpaan seterusnya saya datang.. haha berani dan jujur
gila kan. tungu punya tunggu respon dia, fuh memang cuak lah. kalau dia balas
cakap tak boleh memang pasrah jelah mampu. tetiba sebaliknya dia bagi pergi
tapi dengan tepati janji yang saya buat. alhamdulillah tak melepas saya nak
pergi tengok konsert tu dan berbaloi lah RM30 beli tiket.
di sebabkan
tiket taknak tiket jiha "burn" macam tu je, saya ajak amirul kawan
kiteorang ikut sekali dengan kiteorang. amirul pun okey je tapi pasal tiket tu
dia bincang dengan jiha macam mana nak selesaikan. kesian jiha tak dapat ikut
dengan kiteorang sekali. pada hari kejadian, amirul dengan saya, anis dengan
norman(peminat anis). dua pasangan pergi macam kekok sikit lah sebab pergi
konsert pulak tu. rasa macam berdosa pulak hahaha. tapi saya ni jenis dengan
mama tiada rahsia. jadi, terlepas jugka beritahu pergi konsert. nasib baik mama
okey je seba ada anis. tapi mama pesan jaga batas pergaulan dan jagam aruah. semenjak
saya masuk UKM, mama selalu pesan perkataan tu. dah jadi lali dan
teringat-ingat bila berdua-duaan.
pada malam tu,
ada beberapa artis membuat persembahan antarnya hafiz ippo, hyper act, syed
syamim, tajul, haqiem rusli, wany hasrita dan pelakon jemputan mira filza dan
adi putra. memang best lah boleh layan sekali masa dyeorang nyanyi. saya ni
sensitif sikit bila sportlight terpancar di mata saya. saya akan tutup mata
atau halang dengan tangan. amirul kata saya orang kampung sebab sportlight sebab
cahaya pun tak boleh kawal. eee suka hati dia je cakap saya orang kampung.
geram je dengan dia tu.saya mampu jeling je dekat dia. pastu dia minta maaf
haha
lepas je
persembahan tu, penonton diberi peluang sesi bergambar dengan artis-artis.
memang sesak dengan ramai orang. bila ada semangat tu, memang nak jugak
bergmabar degan artis walaupun kene himpit-himpit atau tolak-menolak. nasib
baik lah saiz badan kecil, boleh lah selit-selit hahaha. dapat lah bergambar
dengan 2 artis tu di mana saya ni peminat mereka haha. memang saat-saat yang
ditunggu-tunggu sejak kecil lagi. jadi, bila ada konsert lagi tidak lah terasa
macam tak terkawal diri tu.
Comments
Post a Comment