HARI PENDAFTARAN UKM



26 OGOS 2017- Tiga minggu sebelum hari pendaftaran, semua barang tidak disediakan. Hati rasa sedikit hiba apabila terpaksa berpisah dengan kembar sendiri. tetiba sahaja perasaan itu muncul. Tetapi mama berpesan jangang bersedih nanti ada masa kita lawat adik kembar saya. Kebiasaannya ada sahaja masalah, saya akan berkongsi dengan dia. kadang-kadang dia tidak memberi reaksi dengan masalah saya. sebab itu saya lebih selesa bercerita dengan mama ayah. mereka lagi faham apa yang dialami oleh anak-anaknya

seminggu sebelum pendaftaran, kelam kabut nak siapkan barang-barang untuk masuk ke UKM. Masa itu lah baru nak beli barang, beli kasut baharu dan sebagainya. hah makanan tu paling penting, tiada makanan boleh murung satu hari. hahaha. Kembar saya juga terpaksa tolong saya untuk menyiapkan persiapan dengan bersyarat saya mesti belanja dia beli baju. macam-macam betul perangai dia ni.

Semasa hari pendaftaran, saya berasa sangat gementar kerana pertama kali jejak kaki di UKM. Perasaan bercampur baur disebabkan kesihatan mama yang tak berapa sihat. tidak sangka 'kekasih' ikut hantar sekali. Semasa mendaftar di fakulti, dia lah yang bawakkan semua dokumen penting yang perlu diserahkan ke pihak pengurusan. buli dia bukan selalu haha. Gambar ini selepas selesai mendaftar di fakulti. terbukti beg dan kad matrik semua ada pada dia haha. bila lihat balik gambar ni, dia merungut dekat saya disebabkan benda-benda tadi gambar dia tak lawa. minta maaf saya pun tak perasan. 

Comments