SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT UKM




23 September 2017- Sambutan Hari Malaysia peringkat UKM. semua pelajar UKM dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan yang setiap kali disambut. kiteorang pelajar baru semangat nak pergi sambutan tu nak lihat macam mana suasana pada malam tu. biasanya kami bertiga jelah ke sana sini bersama-sama. anis dan jiha yang faham cara saya berkawan.

pada masa hari kejadian, saya dan anis tidak mengikut serta perbarisan untuk mewakili kolej KDO, hanya jiha je yang menjadi peserta perbarisan. mungkin masa pemilihan, saya dan anis ada hal lain. tapi disebabkan kawan, kiteorang pergi jugak malam tu untuk memberi sokongan untuk jiha. kitoerang pakat untuk merakam video jiha semasa membuat persembahan.


semasa, pengacara menyebut nama kolej KDO, saya dan anis je sorak yang dikelilingi dengan pelajar pelbagai kolej. agak segan rasanya tapi kiteorang tak ambil kesah pun. haha. lepas KDO membuat persemabahan kiteorang komen persembahan tersebut. persembahan yang biasa dan tiada yang tarikan 'WOW' yang boleh menarik perhatian juri-juri. kolej KAB persembahan yang memukau dan kelainan dari kolej-kolej lain. dan dapat dijangka kolej mereka akan menjadi juara. keputusan memihak kepada mereka. berbaloi lah mereka menang kerana semangat yang tinggi daripada peserta-peserta kolej KAB.


jam 11malam tamat dah sambutan Hari Malaysia di stadium UKM. Nasib baik stadium tu dekat je dengan kolej KDO, jalan kaki pun boleh tapi penat sikit lah. tidak mengapa sebab dah biasa jalan kaki ramai-ramai. sempat kiteorang karaoke macam tidak fikir apa-apa pun untuk menghilangkan penat. kenangan yang tak boleh lupa apabila masa mahu melintas ke seberang ke kolej, ada kereta yang dipandu laju nasib baik anis lari dulu baru saya dan jiha. ee takda otak ke bawak kereta laju-laju.


Comments