28 Ogos 2017- setiap pelajar baharu perlu memilih 3 domain yang wajib diambil semasa minggu mesra mahasiswa(MMM). Antara 3 domain saya pilih ialah kelestarian, sukan dan sukarelawan.kenapa pilih sukarelawan? kalau nak cerita minat tu ada lah tapi tak bersungguh-sungguh. disebabkan banyak pengalaman menjadi sukarelawan diperingkat sekolah menengah membuatkan saya ingin meneruskan aktiviti sukarelawan ke peringkat lebih tinggi. itu lah sebabnya saya memilih doamain sukarelawan untuk membiasakan diri menjadi sukarelawan membantu kepada yang memerlukan. sukarelawan ini bukan sahaja membantu masyarakat yang memerlukan, ia juga boleh menjadi aktiviti menceriakan kampus universiti.
gambar ini ,menunjukkan sebahagian kumpulan yang ditetapkan dan diberi tugas. aktiviti kumpulan saya adalah mengecat stor masjid universiti, membasuh dan mengelap pinggan mangkuk untuk sambutan hari raya korban yang dilakukan di masjid universiti. sebagai sukarelaawan, kita tidak perlu mengharapkan balasan dari orang, kita buat mestilah membuatnya dengan ikhlas dan hati yang terbuka. dalam sehari kami selesaikan tugasan kami. kumpulan saya sangat membantu dan toleransi walaupun pelbagai bangsa. mereka tidak memilih nak tukar tugasan malah sangat membantu kami dalam satu pasukan.
sumbangan? dinding stor kelihatan lebih ceria dengan lukisan warna-warni, bahagian dalam stor juga kami bershikan kerana bangunan itu kelihatan berhabuk mungkin jarang digunakan. persekitaran stor dan masjid kami bersihkan. perasaan penat tu semestinya ada tapi kami melakukan tugasan dengan penuh rasa gembira keran mendapat pengalaman yang mungkin tidak semua orang dapat.
Comments
Post a Comment