DIA


18 Februari 2013- pada awalnya saya tak kenal lelaki ni. dia menjadi bualan junior dan senior lain disebabkan dia sangat hebat main badminton. dia juara keseluruhan pertandingan badminton antara rumah sukan di asrama. dia ni jenis yang tak campur sangat dengan geng perempuan. bila selisih dengan dia je, tak pandang atau muka masam je. taktau apa masalah hidup dia. haha. sebelum saya mengenali diri dia, saya dah pun ada abang angkat ( Abg Yob). saya kenal abang Yob sejak 2012 😁. pada masa ni umur saya 15 tahun dan dia 17 tahun. sebenarnya saya tak terfikir pun nak cari abang angkat ke, kakak angkat ke, teman lelaki istimewa ke. sebab budak mentah lagi kan tak fikir semua benda tu. sampai lah satu hari tu abg yob yang minta untuk jadikan saya adik angkat. saya pun okay je lah sebab boleh 

 macam mana saya kenal dia?
mula-mula saya tengok dia dari jauh je. minat tu belum lagi. saya tau dia ramai peminat saya ni takde lah lawa mana. kita sedar diri nak dibandingkan dengan orang lain. ramai orang minat dia termasuk kawan saya dan kawan pempuan dia. okey bila dah tau nama dia Shah Ikhwan Hakim saya buat tak tahu je. ada satu hari tu lepas balik dari kelas malam(prep) saya dan kawan ke dewan makan untuk makan malam. tetiba dia dan geng dia keluar dari dewan makan. saya pun tak ingat saya hanya mampu senyum je atau saya 'terlambai' dia. saya lupa pula kisah tu haha . sejak kes tu dia yang nak kenal saya. saya pun terkejut orang terkenal pulak  nak kenal kita yang insan biasa ni. 

nak tau macam mana dia ambil hati saya?
seperti biasa balik dari kelas malam, saya dan kawan pergi ke cafe beli makanan goreng-goreng. masa perjalanan ke blok perempuan terserempak dia dengan geng dia. dalam hati saya 'dah sudah abang ni nak apa. aku dah lah segan dengan lelaki ni'. lepas tu, dia ke arah kitaorang. dia mintak nombor fon saya. maklumlah nak dekat PMR kan, mama ayah tak benarkan bawa fon ke asrama dan junior dilarang membawa fon akta peraturan asrma. saya lagi suka fon takde sebab saya boleh nikmati hidup asrama macam mana. saya bagitahu dia yang saya tak pakai fon. tetiba kawan saya pulak yang bagi nombor fon dia. saya tak kesah pun. 

bila free je, saya dia mesej saya guna fon kawan tadi. dari mula kitaorang nak kenal-kenal sampai kitoerang makin rapat. dia nak jadikan saya kawan perempuan istimewa dia tapi saya taknak sebab saya junior dan dia senior. bila junior ada hubungan dengan senior laki, senior perempuan akan memerli junior. saya tak mahu dikecam dengan senior. saya suruh dia anggap saya adik angkat je tapi dia taknak jugak. so, saya pun ikutkan saje permintaan dia. dan sehingga kini hubungan kami. insha Allah kalau jodoh kami kuat, akan kekal sampai bila. 

dengan cara dia melayan membuatkan saya lebih selesa dengan dia. apa masalah yang saya hadapi, saya selalu kongsi dengan dia. dia sebagai pendengar setia selalu memberi nasihat kepada saya. dia adalah salah seorang yang memberi kekuatan kepada selain keluarga dan kawan-kawan saya. 

Comments